Banner 4

Tentang Kami

Menghidangkan sate tradisional, menyatukan keluarga melalui cita rasa asli dan bahan-bahan berkualiti.

Our Story

Sate Famili telah diasaskan pada tahun 1989 oleh Allahyarham Hj Sidek bin Abd Wahab di Meru, Klang. Perniagaan ini bermula secara kecil di hadapan rumah beliau dengan hanya beberapa orang pekerja. Pada ketika itu, beliau menjalankan perniagaan di ruang sewaan di kedai milik orang lain sambil membina reputasi melalui sate yang lazat berasaskan resipi tradisional keluarga.

Dengan keazaman, kerja keras dan sokongan kuat daripada keluarga, perniagaan kecil ini secara beransur-ansur mendapat kepercayaan pelanggan di Klang dan kawasan sekitarnya. Bermula sebagai sebuah gerai sate kecil yang dikenali sebagai Sidek Sate, perniagaan ini berkembang sedikit demi sedikit apabila semakin ramai pelanggan datang menikmati kualiti dan rasanya yang konsisten.

Perjalanan Sate Famili tidak selalunya mudah. Dengan sokongan dan penglibatan anak-anak beliau, perniagaan keluarga ini terus berkembang dari tahun ke tahun. Daripada beroperasi di ruang kedai yang disewa, syarikat ini akhirnya membuka kemudahan pengilangan sendiri dan kemudiannya menubuhkan restoran sendiri bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Hari ini, Sate Famili telah menjadi jenama sate yang terkenal di sekitar Lembah Klang. Walaupun perniagaan ini telah berkembang dengan pesat sepanjang tahun, kami tetap komited terhadap nilai-nilai yang menjadi asas sejak awal penubuhannya — menghidangkan sate berkualiti tinggi yang dibakar setiap hari serta mengekalkan cita rasa tradisional yang digemari pelanggan sejak tahun 1989.

PERJALANAN KAMI SEJAK 1989

1989

Diasaskan oleh Allahyarham Hj Sidek bin Abd Wahab di Meru, Klang dengan nama Sidek Sate.

1990

Sate Famili membuka gerai pertama kami di Pekan Meru, Klang dan mula menjual sate.

2016

Kami membuka Restoran Sate Famili pertama di Meru, Klang.

2018

Sate Famili menyajikan sate di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Eidul Fitr Peringkat Negeri Selangor.

2018

Sate Famili berbesar hati menerima kunjungan Chef Cilik Danish Harraz yang datang dan menikmati sate kami.

2018

Sate Famili menerima kunjungan istimewa daripada pelakon Azhan Rani dan Beto Kusyairy yang turut meluangkan masa bergambar bersama kru Sate Famili.

2018

Kami menerima kunjungan dan sokongan daripada pelakon Fazreen Rafi, salah seorang pelanggan setia Sate Famili.

2018

Pelakon Azhan Rani bersama keluarga berkunjung dan menikmati hidangan di Sate Famili.

2020

Susulan pelaksanaan PKP COVID-19, Sate Famili menghentikan sementara perkhidmatan makan di restoran dan hanya menyediakan perkhidmatan bungkus (takeaway) pada waktu siang.

2020

Gerai pertama kami telah berpindah dari khemah ke lokasi baharu yang bersebelahan sahaja di Pekan Meru, Klang.

2020

Sate Famili memperkenalkan tempahan melalui WhatsApp serta perkhidmatan bungkus dan penghantaran bagi memudahkan pelanggan sepanjang pandemik COVID-19.

2021

Restoran Sate Famili terjejas akibat ribut dan hujan lebat, namun syukur tiada kecederaan melibatkan kakitangan mahupun orang awam.

2021

Kami memperkenalkan #SateFamiliCare bagi membantu komuniti yang memerlukan melalui sumbangan makanan dan keperluan asas.

2021

Kami menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Meru.

2022

Sate Famili mula menawarkan perkhidmatan penghantaran melalui GrabFood.

2022

Sumbangan kecil daripada Sate Famili bagi membantu meringankan beban penerima dalam menyambut bulan Ramadan.

2022

Sate Famili mula menawarkan perkhidmatan penghantaran melalui ShopeeFood.

2022

Sate Famili memperkenalkan Ketupat Palas Frozen sebagai salah satu produk baharu.

2023

Sate Famili mendapat liputan Utusan Malaysia menerusi artikel “Bila Sate Dijodohkan dengan Lontong”, yang mengetengahkan keistimewaan sate diperap selama 24 hingga 48 jam untuk rasa dan aroma yang lebih enak.

2023

Sate Famili meneruskan inisiatif Sate Famili Care dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena bulan Syawal.

2023

Sate Famili meraikan ulang tahun ke-35 bersama lebih 60 orang pekerja yang telah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan dan perkembangan Sate Famili.

2024

Sate Famili menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena menyambut bulan Ramadan.

2024

Sate Famili terus berkembang dengan pembukaan cawangan baharu di Mutiara Damansara.

2024

Sate Famili berpeluang menyajikan hidangan sate dalam Program Selangor Agrogreen Daerah Klang.

2025

Sate Famili menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui inisiatif Sate Famili Care sempena bulan Ramadan.

2025

Sate Famili menghentikan operasi sementara bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan susulan ribut yang melanda kawasan Meru.

2025

Sate Famili menerima kunjungan istimewa daripada barisan penyampai dan pasukan Hot FM.

2026

Sate Famili melaksanakan inisiatif Sate Famili Care dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan.

2026

Sate Famili menyertai Majlis Tautan Kasih D’ Desa di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam yang disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor.

2026

Sate Famili diberi kepercayaan untuk menyediakan hidangan sate secara langsung bagi memeriahkan Jamuan Hari Raya PKNS.

2026

Sate Famili menjayakan Majlis Rumah Terbuka di Kayangan Heights dengan sajian sate yang dibakar secara langsung untuk para tetamu.

2026

Sate Famili menjadi salah satu penaja bagi rakaman program Lebih Masa Episod 84 yang menampilkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nani Roslan.

2026

Sate Famili menyediakan sajian sate sempena Festival Melon Selangor Agro Green anjuran Jabatan Pertanian.